Flatbread Pizza

6:19 PM


I rasa inilah resipi pertama I cipta masa I teenager. Lepas balik sekolah kalau my mother ada hal kat sekolah, I would make this for lunch. Later when I got married, this Pizza resipi jadi sangatlah favourite among my husband and my daughters.

Lagipun tengah puasa ni, kalau tak pandai masak pun, for sure menjadinye resipi cukup semua rasa hehehe

Sometimes I tumis udang (yang dah dicincang) dengan sikit bawang putih dan curry dan taburkan jugak. The best thing about this resipi ialah its up to your own creativity and liking, cuma petua dia satu je, jangan la susun banyak sangat bahan (cukup agak2  4 bahan sahaja maksimum) sebab kalau tinggi sangat tak menjadi dan susah nak makan

Quantity dia terpulang, nak banyak pakai banyak, nak sikit pakai sikit :)

BAHAN-BAHAN
Cheese Slices
Bawang Besar (dicincang)
Tomato (dihiris)
Tomato Sos (atau Pizza sauce kalau ada jumpa di supermarket)
Telur Rebus yang di hiris (pakai egg cutter lagi bagus)
Roti

CARA-CARA
Sapukan tomato sos atau pizza sos pada roti


Taburkan bahan-bahan satu persatu - memula bawang besar di cincang, lepas tu tomato, lepas tu hirisan telur rebus.




Last sekali letak 1 helai cheese slices
Bakar selama 10 minit atau sehingga cheese agak cair dan garing sedikit

Asalnya Flatbread Pizza ini dikenali sebagai Lavash Pizza oleh orang-orang Parsi atau Armenia kerana mereka mempunyai sejenis roti nipis yang dinamankan Lavash (bentuk seakan-akan Tortila juga). Saya biasa ke TESCO dan jumpa Tortilla bread, so maybe next time kita cuba guna Tortilla pulak eh? :)

Resipi ini sesuai juga untuk menggalakkan anak-anak makan sayur (boleh tambah peppers atau cili bengala dan hirisan carrot atau brokoli jika suka). Sebagaimana pizza selalunya mempunyai macam2 bahan, ia terpulang pada kreativiti masing-masing untuk menentukan apa bahan yang anda bahu untuk Flatbread Pizza anda.

Selamat Mencuba!






You Might Also Like

0 comments

Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images