Kids Burger Malaysia
4:38 PMI memang suka makan burger malaysia. Its one of my favourite kuih. But again, since Liya nak bawak pergi sekolah, I had to alter sikit inti dia. This calls for a bit of creativity. I guna resipi inti sardin sandwich my mother yang femes (sedap dan tidak sakit perut bila makan kerana inti sardin di masak) dan a dash of Heinz Tomato Ketchup (yelah budak2 kan suka)
Tak syak lagi, LAKU - Liya bawak balik tupperware kosong, licin dan bersih.
If you like pedas ~ boleh la letak sambal tumis ikan bilis dan tak payah taruk sos tomato tu.
Untuk 8 ke 10 biji
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI
1 tin sederhana sardin (cap ayam la sedap :D)
2 biji kecil limau kasturi
2 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
sedikit minyak utk menumis
garam, gula dan perisa ikut suka citarasa
Timun yang dibuang kulit dan dihiris nipis (kalau takde, daun salad butterhead pun sedap)
Sedikit sos tomato (untuk disapu)
CARA-CARA MEMASAK INTI
Sardin dibuang tulang dan dilenyek2. Kemudian gaulkan bersama perahan limau kasturi (utk buang hanyir, kalau takde limau kasturi, lemon pun sedap - tp jgn manyak la, masam kang)
Bawang putih dihiris halus.
Bawang besar dipotong dadu
Cili merah dihiris
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili (cara ini cili tidak pedas utk anak2)
Selepas itu masukkan sardin dan tumis lagi. Tambah garam, gula dan perisa ikut suka citarasa. Sejukkan sebelum jadi inti.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT PAU/DONUT GORENG
200 gram Tepung Gandum (diayak dengan 1/2 sudu kecil garam)
140ml susu full cream/fresh milk
2 sudu besar margerin (dicairkan) atau vegetable oil
2 1/2 sudu besar gula (kurangkan jika mahu)
2 sudu kecil dry yeast
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA MEMBUAT
Hangatkan sedikit susu. Setelah suam, tutup api dan tambah gula dan dry yeast. Kacau dan biarkan yeast mengembang (dalam 1/2 jam)
Setelah mengembang campurkan dengan tepung yang telah diayak.
Masukkan margerin cair (yg disejukkan) atau vegetable oil. Gaul sampai menjadi doh bulat yang besar. Biarkan utk kembang 2x ganda at room temperature.
Setelah kembang, uli sekali lagi untuk 10 minit. Bulat-bulatkan ikut saiz yang suka.
Rehatkan. Bila sudah kembang sikit, goreng hingga golden brown. Angkat dan toskan minyak.
Telah agak2 suam, belah pau/donut goreng di tengah2 (jangan sampai putus)
Sapu sedikit sos tomato, letakkan hirisan timun ikut suka dan inti.
Siap untuk dimakan.
*lebihan inti boleh di simpan (frozen) atau letakkan pada roti untuk jadi sandwich ;)
0 comments