marble cake

Kek Rice Cooker ( Rice Cooker Cake)

6:55 PM



Siapa sangka periuk nasi biasa saya mampu membakar sebiji kek  :)
Projek seminggu saya ini memang membuahkan hasil. Dengan sedikit "study" dan trial & error akhirnya saya temui beberapa resipi yang saya rasa kalau-kalau teringin nak makan kek sebiji kek atau ada keperluan "mengunjung" ke rumah adik atau sanak saudara atau kawan-kawan, adalah sedikit juadah bersama cerita menarik boleh saya hulurkan hehehe
...of course, mana ada orang pernah dengar sangat masak kek dalam rice cooker. Tentu bagus menjadi starter perbualan untuk beramah mesra kan?

Resipi yang saya rasa paling berjaya ialah bancuhan dari blogger Ong Siew Tin - Marble Butter Cake. Saya cuma kurangkan sedikit gula dan tambah dalam 80ml perahan jus limau Navel segar.


Setelah beberapa kali mencuba Rice Cooker cake, saya dapati beberapa tips yang berguna untuk mendapatkan kek yang menjadi

1. Alas sekurang-kurangnya 3 helai greeseproof paper untuk mengelakkan bawah kek menjadi hangus

2. Setelah anda tutup periuk nasi, alaskan atasnya dengan satu tuala bersih supaya wap panas tidak terkeluar dan haba pada tutup periuk membantu memasakkan kek lagi

3. SABAR. Masak kek dalam periuk nasi tidak boleh dilakukan dengan tergesa2 dan ia memakan masa. Saya biasa masak in between buat kerja rumah. Sangat penting untuk sabar supaya kek masak. Jangan buka tutup periuk sehingga at least 40 ke 60 minit. Apabila suis "cook" naik ke "warm" biarkan seketika dan cuba tekan balik. Kalau tak boleh jangan paksa, jangan sendal dengan apa-apa sebab besar kemungkinan kek akan hangus jika anda buat begitu.

Rice Cooker Marble Butter Cake
Bahan-Bahan :
250g mentega
250g tepung self raising
220g gula kastor (saya pakai 180g sahaja sebab tak suka manis)
5 biji telur gred A
1 sudu kecil double action baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
2 sudu besar serbuk koko
80ml jus oren segar
1 sudu besar kulit limau (orange zest)

Cara-caranya :
Lapik periuk nasi (bekas sebelah dalam) dengan baking paper or greeseproof paper sebanyak 3 keping (terpulang, jika nipis 3, jika tebal 2)
Lenser tepi tepung dengan minyak atau butter. Ketepikan


Ayak tepung bersama-sama baking powder dan garam. Ketepikan



Putar mentega (dibiarkan pada suhu bilik) dan gula sedikit demi sedikit sehingga berwarna pucat dan berkrim
Tambah telur, sebiji demi sebiji dan gaulkan hingga mesra



Masukkan tepung yang sudah di ayak dan dicampur baking powder dan garam tadi sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga mesra. Bahagikan kepada 2 adunan dengan mengaup 2-3 sudu besar bancuhan dan masukkan dalam mangkuk berasingan.


(Vanilla Batter)
Adunan dalam bekas besar lebihan yang telah dikaup ditambah esen vanilla. Ketepikan


(Chocolate Batter)
Bancuh serbuk koko bersama jus oren dan masukan juga parutan kulit limau oren sekali. Tuang bancuhan ke dalam bekas kecil batter yang diketepikan tadi. Gaul hingga mesra.


Kaup dan selang selikan batter ke dalam periuk nasi. Boleh refer video di bawah ini...


Tutup periuk nasi dan alas atasnya dengan tuala besar (dilipat)
Tekan dan biarkan masak. Sila ikut petua di atas, dimana apabila sudah naik tunggu sebentar dan cuba tekan lagi selepas itu.


Biasanya kek akan masak dalam sejam Boleh uji dengan mencucuk lidi atau pisau di tengah-tengah. Jika sudah masak, bila di cabut, tiada apa2 bekas dan lidi atau pisau kering.Kalau tak masak, buat la tekan suis tu berulang2 (dalam masa sejam ada la dalam 4x saya tekan...bila dia naik, saya biarkan kejap..tunggu sampai boleh tekan, then tekan balik...)

Cara nak keluarkan kek.
Biarkan kek sejuk sebentar. Lapikkan atas periuk nasi dengan 1 pinggan yang ringgan dan terbalikkan.
Ketika terbalik anda boleh buka alas lapik kertas.
Kemudian letakkan satu lagi pinggan di atas kek dan terbalikkan semula.



Ok selamat mencuba :)

berempah

Ubi Kayu atau Ubi Keledek Di Goreng Berempah

10:47 AM


Lama sudah tidak publish resipi baru. Banyak dah ada dalam simpanan, masa sahaja tak mengizinkan.
Entah mengapa sejak dua menjak ni macam malasnya nak makan yang merapu meraban hehehe
Agak tegak melayu masih pekat. Teringin macam-macam yang Nenek saya dulu serve sebagai sarapan

nasi goreng pedas
cucur kelapa

and of kos...

UBI GORENG BEREMPAH




Sambal kicap pun dah lama tak bertapa dalam rumah ni. Bila makan ikan goreng, meloya tekak takde cicah. Nak beli kicap alang kepalang sebab tak galakkan anak-anak makan. Dah beli kena sorok ho ho ho
Anak nak hidup lama kan he he he
Nak kena juga cari Tamari Sauce kat Organic Food store la in the long run kalau nak makan healthy

Mula-mula saya goreng tak rebus kejap. Rasa ok-ok sahaja. Then ada kawan kat Facebook kata rebus kejap lagi wangi. Rupanya bukan sahaja wangi...mak ai...melt in your mouth je. Sedap

So anyway...ini resipi saya

Ubi Kayu atau Ubi Keledek Di Goreng Berempah
Bahan-Bahan asas:
1kg Ubi Kayu atau Ubi Keledek (di potong sederhana besar dan direbus dgn sedikit garam)

Bahan-Bahan Tumbuk
5 ulas bawang putih sederhana besar
1inch kunyit atau 2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil jintanhalus
1 sudu kecil ketumbar
(kalau tak ada gantikan dengan 1 sudu rempah kurma pun boleh)

Cara-cara menyediakan resipi ini:
Bahan-bahan tumbuk ditumbuk hingga halus dan lumat
Ubi Kayu atau Ubi Keledek di rebus tadi dipotong wedges atau panjang2 tebal sikit
Gaul dengan bahan tumbuk dan perap sekejap

Panaskan minyak dan goreng dalam minyak banyak
Pastikan minyak panas supaya luar cepat garing dalam tak serap minyak sangat
Angkap dan toskan minyak atas kertas kitchen tissue

Hidangkan dengan sambal kicap.
Resipi sambal kicap saya RESIPI DI SINI
(dan petua nak pekat, tambah gula dalam 2 sudu besar - saya pakai Country Organic Raw Sugar, dia cepat pekat dan tak manis leting)

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang dan dihidangkan dengan green tea or chinese tea :)





Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images