Mee Bandung Ijai

8:39 AM



Walaupun berasal dari Pulau Pinang, suami saya memang suka makan Mee Bandung Muar. Mee Bandung yang dibuat biasanya berasaskan resipi Mee Bandung Tanjung Agas Muar yang mempunyai Sotong Kering.

Resipi ini saya ilhamkan dari pemerhatian dan rujukan selain menggunakan citarasa saya sendiri. Untuk kepuasan, Mee Bandung haruslah di masak berperingkat-peringkat seperti di bawah ini.


Bahan-bahan untuk stok
½ cawan udang kering
2 keping sotong kering
½ cawan kepala dan kulit udang hidup
300gram daging (anggaran dalam RM3)



Bahan-bahan menumis
3 camb besar cili giling
2 biji bawang putih
6 biji bawang merah
1 camb besar sos tiram
2 camb besar minyak masak
Garam dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan lain
1½ cawan Sawi yg di potong 1 inch
1½ cawan Kobis Cina yg di potong 1 inch
100 gram udang basah
100 gram sotong
10 biji Bebola ikan
2 biji Telur (untuk 2 orang)
1 beg mee kuning

Untuk Hiasan
Daun Sup (dihiris)
Daun Bawang (dihiris)
Bawang Goreng (dihiris)
Cili Merah (dihiris)

Cara-cara Memasak
Bahan-bahan untuk stok, masukkan dalam periuk, isi air sehingga menutup semua bahan dan rebus sehingga daging empuk
Setelah daging empuk, keluarkan dan setelah sejuk, hiris.
Stok ditapis (jgn buang), asingkan kepala dan kulit udang dan buang.
Udang kering dan sotong diketepikan (akan digunakan dgn bahan menumis)
Udang kering dan sotong dikisar bersama2 bawang merah dan bawang putih.
Panaskan 2 camb besar minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar dan cili giling.
Jangan sampai garing.
Setelah masak, masukkan sos tiram dan garam dan perisa secukup rasa
Kemudian masukkan stok yang telah di tapis tadi.
Kacau dan biarkan mendidih.

Mee bandung tidak boleh dibuat sekali banyak.

Apabila hendak dihidang, masukkan kuah ke dalam kuali (anggaran untuk seorang makan), masukkan sedikit sawi, kobis cina, bebola ikan, udang basah, sotong, daging hiris dan pecahkan telur (juga anggaran untuk seorang makan).
Setelah bahan-bahan masak, masukkan mee kuning (untuk seorang makan).
Angkat kesemua bahan ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, Bawang Goreng dan cili merah.






Karipap

Karipap Simple versi Farah

6:00 PM



Hujan begitu lebat sekali. Perut berkeroncong lapar. Hujan dan sejuk-sejuk begini sedap makan karipap kan.

Malam tadi bila telefon Bunda, dia sedang sibuk untuk ke rumah Mak Long. Ada "rewang" katanya. Mesti karipap juga menjadi hidangan "rewang" sebagaimana ketika kenduri kahwin adinda-adinda dahulu. Teringat juga petua Kak Leha yang menjual kuih - "cairkan majerin dan minyak dulu. Panas-panas di campur tepung, pasti karipap jadi enak dan ranggup"

Kebetulan lebih buat homemade baby food anak daraku Sya-Sya, sebiji keledek sederhana besar, menanti untuk dibikin apa dalam peti ais. Juga tulang-tulang ayam lebih dari masak makaroni yang diambil isinya aje. Nah! sesuai sekali.


Utk 18-20 biji
Bahan-bahan - kulit karipap
300gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
secubit garam
sedikit air
Bahan-bahan - inti karipap
1 biji keledek sederhana besar
(dalam 2 cawan setelah dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar serbuk kari (dicampur air menjadi pes)
Tulang ayam (dalam 2-3 ketul) jika ada
garam dan sedikit perisa secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuat inti
Tumis bawang putih (dicincang)& bawang besar (dipotong dadu) sehingga wangi. Masukkan tulang ayam dan tumis lagi.
Masukkan pes kari dan tumis lagi.
Masukkan keledek dan tuangkan satu cawan air.
Biarkan sehingga keledek masak dan air kering.
Tambah garam dan sedikit perisa secukup rasa.
Sejukkan inti sebelum menggunakannya.

Cara-cara membuat kulit
Cairkan marjerin dan minyak masak di dalam periuk kecil.
Ayakkan tepung dan masukkan dalam mangkuk mengadun.
Masukkan secubit garam
Tuangkan marjerin dan minyak masak panas tadi dan gaul dengan senduk kayu
Perlahan-lahan campurkan adunan bersama air sehingga menjadi doh.
Uli selama 10-15minit sehingga doh menjadi sedikit kenyal.

Lebih mudah dan cepat jika mempunyai pencetak karipap dan bagi mereka yang tidak mahu mengelim.

Setelah siap, goreng karipap dalam minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.


Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images