Masakan Laut

Bear-tiful Medley of Veges

7:53 AM


Saya belajar nak masak mix vege ni semasa saya sekolah menengah (tak ingat tingkatan berapa). Inilah resipi yang saya rasa "ngam sungguh" kalau nak buat mix vege atau sayur campur chinese style.

Penggunaan udang yang diperap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula, sedikit kicap manis serta minyak bijan memang "tepat" pada taste "seafood" yg kita dapat pada kuah mix vege. Malah bau udang tidak akan hanyir.


Hari ini saya suruh anak saya Syasya (3 tahun) membantu. Payah sungguh nak suruh dia makan lobak merah, jadi saya gunakan cookie cutter bear yang saya jumpa di Tesco Extra Shah Alam untuk menarik minat dia memasak dan makan lobak tersebut. Ternyata dia teruja, melihat bear-bear tersebut bergenang dalam kuah dan sayuran sawi serta brokoli kesukaannya. Hidangan yang TEPAT juga untuk menaikkan selera anak :)

Bahan-bahan:
200 gram udang basah  (dibuang kulit tinggalkan ekor)

1 labu bawang besar holland
sayur-sayuran campur mengikut selera anda
2 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan air
sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan perap udang:
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blender halus)
1 inci halia (ditumbuk/blender halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit minyak bijan
sedikit lada putih

Cara-cara memasak:
Perap udang bersama-sama bahan perap selama 30 minit.
Hiris bawang besar
Sediakan sayur campur mengikut kesukaan

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis perapan udang sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar
Masukkan sayur-sayuran mengikut yang keras dahulu baru yang lembut
Tumis seketika sebelum anda masukkan tepung jagung dicampur dengan air
Garam dan perisa secukup rasa jika masih perlu.
Angkat dan hidangkan.

Masakan Sayur-Sayuran

Quiche - Pie Custard Sayur-Sayuran

2:19 AM


Saya cukup suka menyembunyikan sayur-sayuran ketika memasak untuk anak-anak saya. As usual, saya selalu mencari resipi BLW yang boleh dicuba dirumah untuk Mimi dengan memikirkan juga bahawa resipi tersebut boleh saya gunakan untuk hidangan kakak-kakak dan Daddynya juga.

Anak-anak saya memang sukakan cheese. Apa sahaja kalau boleh semua nak cheese. Maybe ini generasi cheese dan bukan belacan :P

Quiche (di sebut keesh) adalah open-faced pie yang mengandungi (biasanya) sayur-sayuran, keju dan daging, dimasak dalam bentuk kastard dalam sebuah pastry pie shell.

Resipi ni boleh letak macam-macam tapi since hari ni rasa nak rehat kejap dari makan daging dan ikan, saya buat vegetarian. Setelah saya habis buat untuk Mimi - tanpa garam dan perisa  (hasilnya disini), saya buat untuk ahli keluarga yang lain.

Bahan-bahan :
2oz mentega (butter)
2 oz tepung gandum
2 oz tepung atta (whole wheat)
1 cawan keju cheddar diparut
2 biji telur
1 cawan susu
Sayur-sayuran rawak untuk diisi
(untuk filling saya letak bawang holland dipotong dadu, brokoli, kacang peas yang sudah direbus, parutan labu)
sedikit garam dan lada hitam secukup rasa

Saya buat shortcrust pastry ni biasanya kalau nak perfect..ikutlah cara Gordon Ramsey ni hehehe




Tapi kalau takde food processor, cara dia :
Potong-potong butter ke dalam tepung (saya gunakan butter knife)
Macam dalam gambar ni ada pemotong khas, tapi kena buat lebih kurang gitu lah.

source : http://culinaryarts.about.com/od/bakingdesserts/ss/pastrycut_5.htm

Kemudian, sejukkan jari-jari anda di dalam air berais. Lap. Dan "rub in" butter dengan tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.


Lepas tu campurkan dengan sedikit air berais. Uli sedikit (saya pakai spoon yang di celup dalam air ais)
Tuang sikit air, campur, ulang sehingga mempunyai doh.


Lepas tu agak-agak dah campur semua baru keluarkan
Roll keluar doh dan sama ada boleh buat satu casing besar atau menggunakan muffin tray buat kecik-kecik

Since I ni extra creative I tak guna pun pie tray or muffin tray. Biarlah henyot-benyot, janji sedap huhuhu
Ok, lepas tu you kena BLIND BAKE kata orang.
Cucuk dasar casing tu dengan garpu untuk elakkan buih dan membakar pada suhu 200 darjah sehingga keemasan (kira-kira 15 minit untuk besar, 5-10 minit untuk kecil).

Cara nak isi filling :
Ada dua cara, cara pertama mengisi casing adalah dengan keju parut yang bercampur dengan apa jua sayur yang you nak. I letak parutan labu, kacang peas yang dah di rebus dan brokoli.

Pukul 2 telur dan 100ml susu/EBM dan curahkanlah di atas pie casing yang dah ada inti sehingga sampai ke atas.

Ada juga orang, dia campurkan semua dalam bekas dengan telur dan susu tu, lepas tu tuang (ni jadi macamni sebab anak saya yang no 2 terlebih creative dia pi campur semua huhuhu) Still ok *wink*


Masukkan kembali dalam oven sehingga perang keemasan kira-kira
20 minit untuk satu besar dan 5-10 lagi untuk kecil dan pisaukan keluar bersih (kalau dok dalam muffin tray).

Kalau buat kecik-kecik boleh freeze dan lepas tu panaskan dengan microwave.
Inti-inti lain yang boleh anda masukkan adalah ikan salmon, tuna atau bayam.


Cara saya serve pada Mimi, saya potong kecil-kecil dan bagi kat dia as finger food.
Kalau nak refer lebih lanjut, this is a good video on Quiche


Masakan Jawa

Terung Bulat Masak Sambal

3:30 PM



Selalu mak saya masak resipi ni pakai terung panjang, tapi since husband beli terung bulat ni banyak dan since terung ni tak elok simpan lama-lama maka selepas guna masak kari dan ada baki, saya guna buat masak resipi kegemaran saya.

Terung masak sambal ni saya rasa, rata-rata siapa yang dari Johor (dan mungkin jawa) selalu masak resipi ni. Jadi setelah bertahun masak resipi ni, saya olah sikit-sikit supaya menepati citarasa suami yang sukakan pedas.



Saya tak tambah asam jawa, sebaliknya saya gantikan dengan sos tomato supaya rasa sedikit lemak masak.

Bahan-bahannya :

4 biji terung bulat

4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 genggam cili kering
*4 biji cili padi hijau siam
2 sudu tomato sos
1 carton kecil cili giling jenama puteri
2 inci gula kerek/nissan
garam dan perisa secukup rasa

minyak untuk menggoreng terung dan menumis


photo from : http://www.thaitable.com/thai/ingredient/thai-chili-pepper

*Bagi yang tertanya-tanya apa dia cili padi hijau siam, nah lihat di atas - yg paling tepi sebelah atas tu saya panggil cili padi hijau siam.

Ini cili giling puteri yang saya pakai..sedap ni

Terung bulat dipotong menjadi 4 wedges dan digoreng hingga lembut. Ketepikan dan letak atas pinggan hidangan.
Ciling kering di rebus dan di kisar bersama-sama 4 ulas bawang putih dan 4 biji cili padi hijau. Kurangkan cili padi jika tidak mahu terlalu pedas.
Bawang besar di hiris bulat-bulat (macam onion ring)

Panaskan minyak dalam 1 sudu besar dan tumis bahan-bahan kisar tersebut.
Kemudian masukkan cili giling jenama puteri.
Masukkan bulan bawang besar yang telah dihiris.
Biarkan cili masak untuk seketika.
Kemudian masukkan gula nissan dan tomato sos.
Tumis untuk seketika.
Masukkan garam, gula dan perisa secukup rasa.

Setelah sambal masak, tuangkan ke atas terung yang telah digoreng.

Sedap di makan bersama-sama nasi panas yang agak lembut sedikit bersama-sama ikan goreng dan sup sayur bening :)

Selamat mencuba!



Masakan Jawa

Pecel Terung

6:54 PM



Ini resipi turun temurun dari bonda saya. Alternatif kepada ikan cencaru.

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

* 3 biji terung sederhana besar
* 5 bawang merah kecil (digoreng)
* 3 biji bawang putih
* 200 grams cekur (kencur)
* 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
* 50 grams cili padi
* 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
* Santan pekat sahaja dr 1 biji kelapa
* garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara membuat:
Terung di belah dua dan di potong 3. Boleh di bakar atau digoreng.




Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur (kencur) - dibersihkan dan dibuang kulit (dengan mengikis-kikis kulit luarnya) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5 bawang merah kecil (digoreng)





Santan dari 1 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.



Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.


Kacau dan biarkan mendidih perlahan (jgn sampai pecah santan)

Biarkan selama 3 minit. Masukkan pula daun cekur yang dihiris halus dan terung yg sudah siap digoreng/bakar. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.



Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, kadangkala tidak memerlukan lauk lain sebagai lauk sampingan. Juga sedap bersama ikan goreng

Masakan Ayam

Popiah Kulit Roti

10:55 PM


Inspirasi membuat Popiah Kulit Roti datangnya dari Sheila Rusly punya resipi Sardine Roll dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadan tahun lepas. Saya gantikan Inti dengan Inti Popiah sebab pagi baru lepas makan lontong, so agak muak kalau makan sardine. Saya juga bakar Popiah ini memandangkan saya sekarang tengah menjaga pemakanan :) jadi ianya kurang kalori sikit kalau di bakar.

Inti Popiah :



Bahan-bahannya
1 labu bawang besar dicincang dadu
3 biji bawang putih

1 cawan Kobis Beijing (dihiris dadu kecil2)
1/2 cawan Kacang Panjang (dihiris halus)
1/2 cawan Carrot (di sagat)
1 biji cili merah (dibuang biji dan dicincang)

3 ekor udang besar (dicincang)
1/4 cawan isi ayam (dicincang)
sedikit garam + perisa secukup rasa
1 sudu sos tiram

2 biji telur (dipukul, digoreng dadar dan dihiris halus)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat Inti
Tumis dengan sedikit minyak bawang putih, udang yang dicincang dan ayam.

Masukkan satu sudu sos tiram dan tumis lagi.
Masukkan kacang panjang dan cili merah
Masukkan kobis
Goreng seketika
Masukkan garam + perisa secukup rasa
Akhir sekali setelah semua masak dan sebati masukkan carrot dan telur dadar yang telah dicincang.
Goreng sekejap sahaja dan angkat. Sejukkan

Kulit popiah roti :

Roti biasa dibuang tepi dan digelek dengan rolling pin


Cara mengulung.
Letakkan inti di tengah (jgn terlalu banyak) untuk di gulung seperti sardin roll.
Letakkan tepung gandum dicampur air sebagai "gam" di salah satu hujung kulit roti.
Gulung kulit roti perlahan.
Kemaskan dan tekan/picit tepi gulungan itu supaya inti tidak keluar.

Popiah Roti siap untuk digoreng. Kalau mahu bakar, sapukan kuning telur yang sudah dipukul supaya nampak sedikit menarik selepas dibakar.



Sos cicah
3 biji cili merah
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit garam
2 sudu besar gula merah
sedikit cuka
sedikit sos ikan Nampla
sedikit minyak utk tumis
sedikit air panas

cili merah, biji cili padi dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam hingga lumat.
panaskan sedikit minyak di dalam kuali kecil, dan tumis (namun api jangan besar) masukkan cuka dan sedikit air (jgn banyak). Tumis seketika sahja. Angkat. Tambah gula merah, sos ikan Nampla dan air panas jika masih pekat. Hidangkan bersama Popiah Kulit Roti.






*tujuan cili ditumis supaya ia masak bagi mengelak sakit perut.

Desert

Pengat Labu Tanpa Lemak

2:00 PM









1 Biji Ladu sederhana besar
makan gula merah secukup rasa
secubit garam
2 helai daun pandan
air (sehingga menutupi labu)
Halia muda yang dihiris (mengikut kesukaan)

Cara-caranya
Labu dibersihkan tapi jangan buang kulit. Buang Biji dalam sahaja
Kalau sederhana besar, potong dua kalau besar potong empat
Masukkan dalam periuk dan tuang air sehingga menutupi labu tersebut
Masukkan gula merah secukup rasa  & secubit garam
Masukkan hirisan halia muda dan 2 helai daun pandan yang disimpul
Rebus hingga isi labu tanak.

Boleh di makan panas-panas atau disejukkan dahulu

Labu juga boleh digantikan dengan Pisang Nangka,  Awak atau Nipah, tetapi gantikan gula merah dengan gula batu (atau putih)

Resipi yang sama juga boleh dibuat menggunakan Keledek -  fun-shee-tong-sui

Masakan Sayur-Sayuran

Sambal Goreng Jawa Simple versi Farah

8:00 PM



Rasanya sambal goreng ini rata-rata seantero internet di panggil sambal goreng jawa. Tapi Sambal Goreng Jawa Johor dengan Sambal Goreng Jawa Singapore pun ada perbezaannya. Sambal Goreng Jawa Singapore nampak lebih merah kerana menggunakan cili kisar.

Resipi ni memang rasmi kalau ada kenduri di kampung - terutama sekali kalau ada orang buat ambeng (nasi ambeng). Variasinya pun berbeza. Semasa Acara Selamatan Potong Jambul Syasya, Bunda kata teringin nak buat Sambal Goreng Jawa dengan kacang tolo (black eye peas - bukan group tu ye)



Ni versi simple sebab nak makan dengan nasi lemak. Tapi yang penting mesti ada udang basah, mesti ada tempe, mesti ada tauhu, mesti ada kacang panjang (snake beans). Kalau nak tahu kenapa asal hari raya sahaja mesti harga kacang panjang naik.....haaaaa inilah sebabnya!

Sambal Goreng Jawa Simple versi Farah
(untuk 2 orang makan)
Bahan-bahan
8 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 keping tempe
2 keping tauhu
7 ekor udang basah
1 sudu besar ikan bilis
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit soo-hoon
1 biji cili merah
sedikit garam dan perisa
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Penyediaan
Tauhu dan tempe harus digoreng terlebih dahulu dalam minyak yang banyak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong dadu

Carrot dihiris panjang2
Kacang panjang dihiris serong panjang2
Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili dihiris.

Udang basah dikopek kulit. Jika suka boleh hiris kepada dua bahagian.

Soo-Hoon direndam sehingga lembut. Lebih baik di gunting (dlm 2 inci -2 inci)

Ikan bilis di kopek dan basuh.

Cara Memasak
Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali.
Tumis dahulu Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili.
Masukkan bilis dan kemudian udang.
Tumis selama 5 minit.

Masukkan Carrot, Kacang Panjang. Kacau seketika
Kemudian masukkan Tauhu dan Tempe goreng yang telah di potong dadu tadi.

Tumis selama 5 minit.

Masukkan Soo-Hoon yg telah lembut dan di potong2.

Kacau seketika.

Masukkan sedikit garam dan perisa.

Tumis selama 5 minit dan angkat.

Sesuai dihidangkan bersama nasi lemak. Lebih sedap jika ditambah petai (tapi kat pasar tadi tak ada petai :P)



Nuffnang

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images